Kerjaya politik Devamany_S._Krishnasamy

Devamany adalah seorang ahli Kongres India Malaysia (MIC), sebuah parti komponen BN dan sebagai Timbalan Presiden kini setelah memenangi pilihan parti semula pada 2015[3][4] apabila ROS membatalkan pemilihan parti lebih awal pada 1 Disember 2013 di mana beliau telah gagal jawatan Naib President yang beliau pegang semenjak 2009.[5][6] Beliau juga pernah menjadi Bendahari Kehormat MIC menggantikan Tan Sri Mahalingam pada 2008.[7]

Timbalan Menteri

Devamany buat kali pertama dipilih ke Parlimen Malaysia di dalam pilihan raya 2004 untuk kerusi Cameron Highlands, Pahang.[7] Beliau memegang kerusinya pilihan raya 2008 meskipun kekalahan teruk MIC yang meyeluruh, meninggalkan beliau merupakan salah seorang daripada hanya tiga ahli MIC di Dewan Rakyat. Selepas pilihan raya 2008, Devamany telah dilantik sebagai Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri.[8][9]

Speaker Dewan Undangan Negeri Perak

Dalam Pilihan Raya Umum Malaysia 2013, Devamany dipilih untuk bertanding di kerusi Sungai Siput, Perak. Tetapi, beliau telah dikalahkan oleh calon terdahulu Michael Jeyakumar.

Pada 28 Jun 2013, beliau telah diundi sebagai Speaker Dewan Undangan Negeri Perak, dengan mendapat 31 undi berbanding dengan 28 undi calon lawannya.[10]

Rujukan

WikiPedia: Devamany_S._Krishnasamy http://poobalan.com/blog/tamil-schools/2010/02/21/... http://www.themalaymailonline.com/malaysia/article... http://biodatatokoh.blogspot.my/2008/03/devamany-s... http://www.nst.com.my/latest/devamany-to-defend-vp... http://www.nst.com.my/latest/devamany-voted-in-as-... http://thestar.com.my/news/story.asp?file=/2008/12... http://www.thestar.com.my/News/Nation/2013/12/02/S... http://www.thestar.com.my/news/nation/2015/11/06/m... http://www.parlimen.gov.my/index.php?modload=ahlid... http://keputusan.pru13.gov.my/5_KeputusanDR.php?ko...